Wednesday, 25 January 2017

Wajib itu wajib. Sunat itu sunat.

Assalamualaikum wbt.

Berkisar tajuk di atas,

'Wajib itu wajib dan sunat itu sunat'😖😫😓

Maksud ema kat sini segala perbuatan yang hukumnya wajib adalah wajib dibuat oleh semua umat islam.  Contohnya dalam rukun islam
1.  Mengucap dua kalimah syahadah
2.  Sembahyang lima waktu sehari semalam
3.  Berpuasa di bulan ramadhan
4.  Membayar zakat
5.  Naik haji ke mekah bagi yang mampu

Tadi,  disuruh pergi ke satu taklimat atau majlis bersama pemimpin (kesahnya) pada jam 1900H dah berada dalam dewan. Mana solatnya? Maghrib pula msk lmbt.  Majlis bermula jam 2000H. Sempat lg kalau nak solat tp tak dibenarkan keluar dewan dan alasannya ini tugas. Ini tugas. Ini tugas. Nanti di tempat kejadian boleh ke kamu tinggal mayat dan pergi solat? 

***Apa pulak tak boleh, letak tali perimeter pagar siap2 tempat tu dan pergi solat. 5 minit je bhai.. 5 minit je. Tak lama pon.

Ema bukanlah seorang manusia yang baik,  alim dan perfect tapi bab2 mcm ni ema tak bersetuju dengan pemikiran sesetengah pihak. Abaikan perkara wajib semata-mata arahan pihak atasan.

Apa yang mereka fikir sebenarnya?

Sunat itu sunat? 😲😲

Bagi ema, perkara sunat itu bagus kita amalkan tapi ikut keadaan dan waktu yang sesuai. Amalan2 sunat ni kalau dikerjakan secara paksarela,  lama2 kita akan suka dengan amalan tersebut. Bagus perkara ni cuma janganlah diabaikan terus perkara yang wajib.  💐

Side note :-

Ema jadi manusia low profile sekarang. Berdiam itu lebih baik daripada bercakap umpama tin kosong.
#emacuba
#doakanyangbaikbaikuntukema
#selamatmalamdunia

Ema 2017

Saturday, 31 December 2016

Wishlist 2017

Assalamualaikum.

Dah lama sgt ema x update ruangan blog ni. Rindu pula nak menconteng-conteng kat sini.  Maaflah ema tak pandai berpuitis,  bermadah pujangga.  Ema cuma tau straight to the point je. Ema lurus bendul sikit. 

Ema cek balik wishlist 2016.

Cuma 1 yang belum tertunai.  Iaitu wishlist nak kawen kalau ada jodoh. Maksudnya jodoh ema belum sampai lagi.  InshaAllah jika benar keikhlasannya maka wishlist ni ema carry forward ke thn 2017.  Aminn

Untuk itu, ni wishlist ema untuk 2017

1.  Tahun untuk bekerjaya dengan lebih komited. Mudah-mudahan ema dipostingkan ke tempat yang terbaik dalam segala aspek.
2.  Ema nak kawen dalam thn ni. InshaAllah kalau ada jodoh tak ke mana.
3.  Ema nak punya masa untuk balik kampung melawat family since abah dah meninggal dunia,  ema tau mak sunyi kat rumah.
4.  Ema nak hidup happy,  tanpa sebarang masalah remeh temeh yang membebankan otak ema.

Ema tak mintak banyak dari sesiapa,  cukup sekadar doakan ema tidak dibebani masalah dalam kerjaya dan keluarga.
Ema juga mahu hidup bahagia bersama insan tersayang.  Doakan ema ye. 

Hingga jumpa lagi. Selamat tahun baru 2017.  Semoga impian semua orang tercapai.

With 😍
ema 2017

Sunday, 24 July 2016

Tenanglah abah di sana

Assalamualaikum...

Salam aidilfitri.  Salam syawal.  Salam perantauan.

Alhamdulillah,  ema bersyukur diberi cuti raya selama 9 hari.  Pelatih mana yang dapat cuti banyak2 macam ni. Bertuah ema di sini. Bila dapat balik kampung memang excited sangat2.  Yelah.. Dah 2 bulan tak balik kampung kan. 

Setibanya di kampung,  dengan bertemankan abang driver yang handsome (abang ngah) juga anak sedara yang acah2 cute dan terlebih cerdik,  rumah ema terus jadi riuh rendah. Semua orang menantikan kepulangan ema. Wiwittt.. Rasa mcm vvip lak.

Mak dah bentang carpet. Abah nampak kurus. Tak selera makan katanya. Jalan pon slow je.  Barangkali gout datang menyerang.  Sampai 30 ramadhan,  abah tiba-tiba tak boleh berjalan.  Jadi sempat ema tolong2 abah. Tapi,  ema mmg bukan dilahirkan untuk menjadi seorang nurse kot. Nampak kekok!  Walaupun ema berbadan sasa dari kaklong. 

Tahun ni buat pertama kalinya,  ema beraya bersama-sama keluarga di keratong aje.  Cancel semua plan nak balik kampung,  beraya sana sini. Tak sangka pulak ema,  ramai sangat sedara mara datang rumah.

Raya pertama
Abang ai dan keluarga
Atok siti
Makngah zizah dan keluarga

Raya kedua
Pakngah ipin dan keluarga
Bik anip dan keluarga
Bikjut dan keluarga
Paman hel dan keluarga
Pokde jamel dan keluarga
Atok siti

Raya ketiga
Atok ngah daud dan keluarga
Atok siti
Aifa dan zul
Eyna dan fitri
Pakcik ismail dan keluarga (kuala lipis)
Abang ngah dan keluarga

Raya keempat
Dah takde sapa2.

Ema sempat pergi beraya rumah kawan ema kat keratong.  Abg ngah balik kampung.  Kaklong pg rumah acik kiah.  Siap2 barang2 nak balik pulapol.

Malam raya keempat abah ajak pergi hospital muadzam.  Katanya dah tak tahan.  Bisa2.. Sakit semua tempat. Ema pg hospital jam 0000H gerak dari rumah.  Jam 0230H baru selesai. 

Raya kelima
Bengkak pada buku lali abah pecah.  Abah cakap kaki dah ringan.  Tak sakit dah. Alhamdulillah senang hati ema tengok abah dah ok sikit. Ema balik pulapol dengan berat hati tapi ema tau eerything is ok. Ema salam abah ms abah tengah mandi. Abah pesan "imm,  baik2 kat sana nt.  Jaga diri".  " ok,  abah! "

Raya keenam
Selesai senaman pagi,  ema dipanggil dan dapat perkhabaran abah telah pergi buat selama-lamanya. Innalillahiwainnailaihirojiun. Ema tergamam buat seketika.. Cuba untuk kawal diri dan ema nangis juga. Terasa baru je ema berbual-bual dengan abah. Terasa baru je ema tolong angkat kaki abah.  Baru je ema tolong sorong wheelchair.  Baru je ema papah abah.  Baru je ema bagi abah makan.  Baru je ema sembang2 pasal latihan polis kat sini.  Baru je ema cerita pasal kehidupan baru ema. Hilang dah tempat ema nak sembang2.  Tempat ema nk merujuk masalah tajwid.  Tempat ema nak mintak doa2 amalan harian.

Allahu.  Ema terpaksa telan segala rasa sedih dan perit ni ketika dalam latihan. Semoga Allah beri kekuatan pada ema selama mana ema perlukannya.. InshaAllah. 
Ema redho pemergian abah. Ema tahu abah sedang berbahagia di "sana". Hasrat abah dah tercapai. Abah tahu ema dah punyai kerjaya tetap sekarang. Ema yakin abah sedang tenang di rumah baru. 

Terima kasih abah atas segala didikan abah selama ni. Ema hargai segalanya. Emasentiasa doakan abah di alam sana. Maafkan salah silap ema selama ini. 

Adik rindu abah. Semoga roh abah tenang di sana.
Alfatihah.

Thursday, 28 April 2016

Syukur

Assalamualaikum wbt.

Dah lama ema menyepi sampai naik sawang dah kot. Alhamdulillah syukur,  penantian selama ini membuahkan hasil. Tak sia-sia ema duduk melaka selama setahun.  Puas dah ema berjalan sini sana menimba pengalaman bab pelancongan dan makanan di bumi melaka.

Akhirnya,  rezeki ema dibawa bersama negeri melaka. Ema menghitung hari untuk lapor diri ke satu pusat latihan. Doakan ema kuat dan tabah serta dapat menahan diri dari segala ujian di pusat latihan nanti.

Kalau dah rezeki awak,  takkan ke mana.  Pusing la ikot celah mana pon,  ia tetap sampai dekat org yg tepat pada masa yang terbaik.  Semuanya di tentukan Allah. Alhamdulillah syukur.

Untuk awak. Terima kasih unt semua. I will miss u soon. Terima kasih untuk kata2 semangat,  dorongan dan sokongan selama ini. Doakan sy tetap iman di sana dan dpt kwn2 yang baik2 aje. 

Teruskan berdoa untuk kebaikan dan masa depan yang cerah. Kembali kepada pencipta yang maha esa. Kau pasti beroleh kejayaan cemerlang.  InshaAllah aminn.

Tuesday, 15 March 2016

Sakit gigi

Assalamualaikum

Ema nk cerita pasal gigi. Ye, ema sakit gigi hampir seminggu bengkak pipi sebelah ni. Rasa nak meraung ada, nak melalak pon ade. Hari-hari ema selfie sebab nk tgk muka ema yang bengkak sebelah ni.

Hari esoknya lepas dah bengkak tu, ema pergi klinik kesihatan dekat area rumah ema ni. Hasrat hati tu, ema nak mintak ubat tahan bengkak je (papase) sbb tak sanggup tengok muka bengkak + nak makan pon terseksa. Sekali sampai sana, ema pergi la jabatan pesakit luar, biasalah mulut ema ni banyak cakap. Tengah2 sakit pon ema cakap non stop jugak. Lepas tu, MA tu suruh ema refer dekat dental clinic untuk pemeriksaan lanjut. Bila dah jumpa dentist tu, ema nak nganga pon xleh, cek pon gitu2 je. Dentist tu suggest ema untuk cabut je gigi yang sakit tu. Ema ckp, doktor minggu depan la ek tunggu bengkak saya surut dulu ye.
#MAharituhensem

Bab makan, sedih betol!!
Ema kena makan nasi blender sekali dengan sayur, ikan goreng, ikan bilis ke. Semua tu kene blend sekali dan ema makan macam baby makan puree tu. Ada la dalam 3 ke 4 hari ema makan macam tu.

Bila tiba hari dijanjikan, ema hadir tanpa gagal ke klinik gigi. Mak aii, ema ni cuak gila gaban nak kene cabut gigi. Doktor bius 2 kali, kebas mulut ema ni. Pastu doktor bg 10minit tunggu kebas sepenuhnya br doktor start nak cabut. Dia goyang-goyang nak bagi longgar pastu amik playar lak cabut gigi. Sakitttt....tapi ema layankan jela. Walaupon mmg sampai ema mengerang jugak la td.. ergghhhh...kejap2...sakit doktor..
Sekali tak sampai 5 minit everything settle. Hahahaha yes!! Berjaya cabut gigi tanpa drama air mata. Gigit kapas, balik umah buang kapas terus kumur dengan air garam. Fuhhh...kejap je darah dah beku. Dah xde nk drama2 lagi..

Dan tengahari tadi, dengan senang hati ema makan nasik dengan banyak. Walaupon baru lepas cabut gigi. Ema tau, ema gigih dan tabah dan sekarang ema letak minyak angin dekat pipi sbb terasa sengal2 gusi lak..

#taknaksakitgigidah
#dentisttadicantikMAponhensem

Thursday, 25 February 2016

Petua senang hati

Assalamualaikum

Ema nk kongsikan sikit petua senang hati kat bawah ni.

Apa pun yang berlaku, percayalah pasti ada hikmah di sebaliknya.

Apa yang perlu kita lakukan, terus berdiri gagah tanpa peduli perkara yang sudah-sudah. Kita takkan dapat mengubah masa lalu, tapi kita lah yang mencorakkan masa depan kita sama ada seindah mimpi atau sehangat mentari.

Ema selalu berpesan pada diri sendiri, apa saja yang berlaku, kembalilah pada penciptaNYA. InshaAllah segalanya akan dipermudahkan.

Road back to Allah, you will get a bright future in your life. Forget about the past and focus on your future. Segalanya tak mustahil untuk kita perolehi. Apa yang penting berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadanya.

Ema, 2016

Monday, 22 February 2016

Interview insp pdrm

Assalamualaikum

Since ema dah ada pengalaman attend interview inspektor ni, ema nk kongsikan sikit pengalaman ema sepanjang proses interview ni. Bukan ape, mana lah tahu kot2 dapat membantu calon-calon lain di kemudian hari kan.

First stage : dokumentasi
Ms ni ema just submit segala dokumen yang dorang mintak je..ikut susunan dan jangan lupa bw sekeping gmbr berukuran passport.
Then dorang mintak ema ukur tinggi dan timbang berat. Dalam tengahari je dah setel semua. Sekejap je..bab tinggi memang dititikberatkan sangat2.
Tinggi : >157 cm
Berat : >48 kg
Walaupon kurang 1cm dia tetap akan reject. Jadi kalau rasa2 xcukup tinggi, xyah berangan nk jd polis.

Second stage : ujian fizikal
Bagi ema ujian dia tak mencabar pon. Sebab ema dah biasa sangat dengan PT yang dorang suruh buat.
Tekan tubi : 5x
Bangkit tubi : 5x
Starjump : 5x
Burpees : 5x
Berjalan biasa
Berjalan catwalk
Berjalan kawad
Cek anggota bdn. Cukup ke tidak sifatnya. Parut yang timbul pon jd persoalan ye. Hehe mcm nk jd pramugari je ema rasa.
Lastly, belah petang lepas lunch ema kene lari 2.4km. Masa diberi bagi wanita tidak lebih dr 16minit.
Semua2 yang kat atas tu ema lulus dengan jayanya.

Third stage : Malaysian Integrity Test (MIT)
Soalan pasal psikometrik. Tak susah pon. Ema takde study satu habuk pon. Soalan ade 114 dan masa menjawab 25minit sahaja.
Jawapan diberi
1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Setuju
4. Sangat setuju
Mudah kan. Ok, ema nk kasi tips sikit. Firstly jawab guna hati jangan jawab guna fikiran. Second, jawab jujur. Third, jawapan kene konsisten mengikut kriteria soalan.

Final stage : interview lisan
Yang ni mcm biasa la mana2 interview government kan.
Panel ada 3. Berpangkat pegawai tinggi di dalam PDRM. Yang ada title dato' kene panggil dato' la..yang xdpt title dato' tu kita panggil tuan je.
Ms ema iv secara berkumpulan. Jadi sekali masuk dalam 5@6 org. Ikot group. Bila kata iv by group je, masing2 kene tonjolkan potensi diri sendiri. Kalau boleh tu biar nampak diri kita ni aktif dan berkeinginan untuk menjawab persoalan yang diajukan. Tau ke tak jawapan tu, jangan malu untuk mencuba jawab soalan. Jangan nmpk diri tu pasif je. Markah kurang nt.
Satu yang ema perasan, kalau boleh kita no tetap pendirian dengan jwpn kita, biarpon salah tapi yakin diri dengan jwpn tu.
Satu lagi, buat2 la baca isu semasa ye. Beli newspaper ke, dengar berita, tonton bual bicara. InsyaAllag tu semua membantu kita. Pasal PDRM soalan yang diajukan tak terlalu mendalam. Jadi, usah risau. Panel tu baik2 belaka.

Tips : senyum jangan lupa walaupon kene blame ms iv. Relax..tenang. 

Ms ema iv hari tu, result dapat dalam masa terdekat, mereka akan call kita. Jadi banyak2 berdoa supaya lulus interview.

Kalau dah settle 4 stage ni ade la urusan sikit, tapisan keselamatan dan medical check up. Lepas tu baru lah surat tawaran akan diedarkan.

Dah dapat surat panggilan tu nt, bertapa lah dalam pulapol selama 9 bulan..huhuhu semoga tabah!!

Sikit sebanyak info yang ema dpt kongsikan. Buat calon2 yang bakal ditemuduga, banyak2kan berdoa. Solat jgn tinggal. Solat hajat. Doa lagi moga dipermudahkan urusan. Sebagai org islam, kita perlu berusaha sehabis baik, kemudian berdoa semoga dipermudahkan urusan dan akhirnya.bertawakkal kepada Allah.

Kalau dah rezeki, tak ke mana. Yakin dan percaya yang baik untuk kita biasanya datang lambat. Apa yang susah untuk kita perolehi, itu yang akan kita jaga dan simpan elok.

Ema ucapkan selamat maju jaya untuk semua. Nak tdo dulu. Goodnight all.

Selamat malam.
Ema, 2016