Wednesday, 30 December 2015

Buah cepu

Menjadi kegilaan wanita mengandung. Ada sorang kawan ema ni mengidam nak makan buah cepu. Merata-rata dia cari kat pasar borong, pasar malam, kedai buah. Hampeh semua xde. Dah ni memang buah kampung, mana nk dijual secara komersial.

Ema pon berbesar hati nk tolong kawan hari tu. Semangat redah belakang rumah petik sendiri buah ni dekat pokok dia. Semak-semak sikit pon ema redah. Nyamuk xyah cakap la, mmg berselirat. Gatal2 ema kene gigit nyamuk. Ade lak ema kesah kan?? Kakakakaka

Eh lupa, rasa dia masam2 manis. Walaupon dah masak ranum warna oren pekat tu. Ema suka kalau masuk dalam masakan tumis asam pedas, xpon asam rebus je..memang marvellous, delicious, thumbs up!! Kah! Ema ni mmg hantu asam. Segala yg masam2 semua ema telan selambe je.

Ni br je lepas ngap sebiji. Masam :p :p

Tuesday, 29 December 2015

Marathon. Marathon

Tahun 2015 ni merupakan tahun pertama ema join segala mak nenek marathon. Semuanya berpunca dari pengaruh rakan sebaya. Yelah, dah kawan ajak. Ema pon fikir2 join jelah.. bagus jugak. Boleh ema jd kurus. Kah!!! Berangan jelahh.

10km done
Standard Chartered KL Marathon

10km done
Penang Bridge International Marathon 2015

5km fun run done
Melaka River International Marathon

Semuanya ema xbuat persediaan. SCKLM tu cancel sebab kes jerebu hari tu. Tapi, ema still dapat medal la..cuma xbest..dpt tapi xyah lari.
PBIM lak nak mampus ema lari. Jauh gile mak aii. Ema sampai rasa nk give up. Di saat ema rasa nk give up tu ema nampak matahari terbit. Terus ema tersenyum manis. Acah2 preity zinta. Kah!!!
MRIM lak ema xde geng. Lari sorang2 xbest. Dgn laluan x ditutup. Keselamatan tu ema nk kene jaga.

Tunggu next year pulak ema join lagi k.

Transform warrior

Mulanya ini permainan lego. Banyak pulak bersusun dekat seremban tu.

Atas ihsan abg ema, dia belikan untuk ema. Jd ema anggap sebagai birthday present boleh?? Hahahaha

Meh nak cerita, ada 277 pieces lego dalam kotak ni. Punyalah banyak. Sebenarnya lego ni 2 in 1. Maksudnya boleh buat tanker boleh juga buat robot. Ema pilih nk buat tanker sbb ema ni mmg addicted dengan segala jenis barang yg berkaitan tentera.

Mula2, ema asingkan semua lego ni ikot jenis yang sama. Nak asingkan je pon makan masa. Kecik sangat lego ni. Dah asingkan, maka bermulalah sesi pasang memasang. Adoi mak aiii...sampai sakit2 tangan ema ok. Menguji kesabaran dan ketahanan mental dan fizikal betol la.. sakit2 pinggang ema.

Hampir 3 jam baru siap. Tu pon ema x toleh kiri kanan. Ms tu rasa menyesal pon ada, kenapalah ema amik lego tanker ni. Kalau tau la susah nk pasang, ema xnk amik ni. Hahahaha

Menyesal pon tak guna. Dah, skrg ni ema punya tanker dah siap. Ms tu mmg ema rasa puas hati sangat-sangat. Berbaloi tangan ema sakit, pinggang ema lenguh sbb hasilnya mmg membanggakan. Lepas ni, ema nk cr lagi lego ni. Buat koleksi peribadi.

#terimakasihabangngahlayankanadikyangsorangni

Kelicap

Kenal burung kelicap?

Nah! Ema kasi korang kenal.

Tadi, masuk kat rumah. Sesat. Budak2 ni yg tangkap. Cantik.

Ranjau berliku 2015

Tahun 2015 betul-betul mencabar buat diri ema. Yelah banyak perkara berlaku dalam hidup ema.

1. Ema kena chicken pox.
Gatal-gatal satu badan. Parut tak yah cakap lah. Memang banyak. Muka pon masih ada kesan sampai sekarang.

2. Ema first time jadi cikgu.
Iye, cikgu matematik. Ema mana pernah suka jadi cikgu, tapi skrg ema dah selesa dgn title cikgu tu. Student ema kebanyakannya lelaki. Hidup kene slumber, cakap lepas xde tapis2 je dgn dorang. Kalau x, ema la yg kene bahan kat depan tu.

3. Ema dah belajar drive kereta sorang-sorang. Jalan jauh.
Mana taknya ema ni org pahang pergi keje kat melaka. Dengan tak tau jalan, xbiasa drive sendiri lagi. Gigih ema belajar sendiri ok. Sebulan jugak ema hidup dekat melaka guna GPS, MAPS, WAZE. Mujur skrg teknologi dah maju. Senang keje ema nk pg mana2. Dulu ema tak tau jalan melaka, skrg semua ceruk melaka ema dah redah kasi pecah!

4. Ema lapor unit.
Ema tau dah terlambat, xpe ema usahakan jugak walaupun xlama. Ema sempat kenal kawan-kawan baru dekat unit ema. Friendly. Baik hati. Unit mekanize kan.

5. Ema sempat join kursus asas senjata bantuan pegawai KJJD.
Eh, ema ni td ckp cikgu kan? Mmg la ema cikgu, tapi part time ema ni wataniah la. Hilang keayuan ema bila berbaju loreng. Dah, kat sini ema dpt kwn lagi. Tq geng! Ema xkan pernah lupakan korang.

6. TTP dah mati.
Ema punya perkhidmatan tak dapat sambung. Tulah, lapor unit lambat lg. Kan dahhhh!!! Sampai takat ni je khidmat ema dalam pasukan wataniah. Ema sayang. Ema nangis. Puas dah ema usaha tapi mungkin bukan rezeki ema. Xpelahh, ema redho.

7. Ema reseat MUET.
Hahaha...harap2 result exam ema nanti membanggakan.

8. Ema putus kasih.
Pada awalnya putus terpaksa. Tapi sekarang ema yakin semua tu dusta. Dah, ema xnak ulas panjang bab ni. Nt sakit hati.

9. Ema tgh berdebar nk interview.
Doakan ema lulus ok. Kerja apa? Itu rahsia.. lalalala doakan je ok.

Lagi 2 hari je nak mula tahun baru. Moga2 tahun baru ni memberi makna dan senyuman bahagia buat ema dan semua org. Ema nk fokus kerjaya tahun depan. Ema tau, thn 2016 merupakan tahun yang busy buat ema.

#wishlist2016ematakfikirlagi

Assalamualaikum

Assalamualaikum.

Awal mula pertama mula. Salam dihulur tanda ingatan dan doa agar kalian berada dalam keadaan sihat walafiat.

Post pertama untuk blog kedua ema. Kali ini ema namakan ia sebagai coratcoretmissema.blogspot.com

ema dah lama berkeinginan untuk berblogging lagi cuma agak sibuk bila dah mula bekerja. Dengan ini, ema nak ucapkan selamat kembali berblogging buat diri sendiri dan semoga ema gigih menulis selepas ni.

Selamat malam dan mimpi indah.