Monday, 22 February 2016

Interview insp pdrm

Assalamualaikum

Since ema dah ada pengalaman attend interview inspektor ni, ema nk kongsikan sikit pengalaman ema sepanjang proses interview ni. Bukan ape, mana lah tahu kot2 dapat membantu calon-calon lain di kemudian hari kan.

First stage : dokumentasi
Ms ni ema just submit segala dokumen yang dorang mintak je..ikut susunan dan jangan lupa bw sekeping gmbr berukuran passport.
Then dorang mintak ema ukur tinggi dan timbang berat. Dalam tengahari je dah setel semua. Sekejap je..bab tinggi memang dititikberatkan sangat2.
Tinggi : >157 cm
Berat : >48 kg
Walaupon kurang 1cm dia tetap akan reject. Jadi kalau rasa2 xcukup tinggi, xyah berangan nk jd polis.

Second stage : ujian fizikal
Bagi ema ujian dia tak mencabar pon. Sebab ema dah biasa sangat dengan PT yang dorang suruh buat.
Tekan tubi : 5x
Bangkit tubi : 5x
Starjump : 5x
Burpees : 5x
Berjalan biasa
Berjalan catwalk
Berjalan kawad
Cek anggota bdn. Cukup ke tidak sifatnya. Parut yang timbul pon jd persoalan ye. Hehe mcm nk jd pramugari je ema rasa.
Lastly, belah petang lepas lunch ema kene lari 2.4km. Masa diberi bagi wanita tidak lebih dr 16minit.
Semua2 yang kat atas tu ema lulus dengan jayanya.

Third stage : Malaysian Integrity Test (MIT)
Soalan pasal psikometrik. Tak susah pon. Ema takde study satu habuk pon. Soalan ade 114 dan masa menjawab 25minit sahaja.
Jawapan diberi
1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Setuju
4. Sangat setuju
Mudah kan. Ok, ema nk kasi tips sikit. Firstly jawab guna hati jangan jawab guna fikiran. Second, jawab jujur. Third, jawapan kene konsisten mengikut kriteria soalan.

Final stage : interview lisan
Yang ni mcm biasa la mana2 interview government kan.
Panel ada 3. Berpangkat pegawai tinggi di dalam PDRM. Yang ada title dato' kene panggil dato' la..yang xdpt title dato' tu kita panggil tuan je.
Ms ema iv secara berkumpulan. Jadi sekali masuk dalam 5@6 org. Ikot group. Bila kata iv by group je, masing2 kene tonjolkan potensi diri sendiri. Kalau boleh tu biar nampak diri kita ni aktif dan berkeinginan untuk menjawab persoalan yang diajukan. Tau ke tak jawapan tu, jangan malu untuk mencuba jawab soalan. Jangan nmpk diri tu pasif je. Markah kurang nt.
Satu yang ema perasan, kalau boleh kita no tetap pendirian dengan jwpn kita, biarpon salah tapi yakin diri dengan jwpn tu.
Satu lagi, buat2 la baca isu semasa ye. Beli newspaper ke, dengar berita, tonton bual bicara. InsyaAllag tu semua membantu kita. Pasal PDRM soalan yang diajukan tak terlalu mendalam. Jadi, usah risau. Panel tu baik2 belaka.

Tips : senyum jangan lupa walaupon kene blame ms iv. Relax..tenang. 

Ms ema iv hari tu, result dapat dalam masa terdekat, mereka akan call kita. Jadi banyak2 berdoa supaya lulus interview.

Kalau dah settle 4 stage ni ade la urusan sikit, tapisan keselamatan dan medical check up. Lepas tu baru lah surat tawaran akan diedarkan.

Dah dapat surat panggilan tu nt, bertapa lah dalam pulapol selama 9 bulan..huhuhu semoga tabah!!

Sikit sebanyak info yang ema dpt kongsikan. Buat calon2 yang bakal ditemuduga, banyak2kan berdoa. Solat jgn tinggal. Solat hajat. Doa lagi moga dipermudahkan urusan. Sebagai org islam, kita perlu berusaha sehabis baik, kemudian berdoa semoga dipermudahkan urusan dan akhirnya.bertawakkal kepada Allah.

Kalau dah rezeki, tak ke mana. Yakin dan percaya yang baik untuk kita biasanya datang lambat. Apa yang susah untuk kita perolehi, itu yang akan kita jaga dan simpan elok.

Ema ucapkan selamat maju jaya untuk semua. Nak tdo dulu. Goodnight all.

Selamat malam.
Ema, 2016

2 comments:

  1. tahniah miss ema...terbaekkk🎉🎉🎉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq nik lah. Berkat doa semua org dan awk juga.

      Delete